Admin Admin
Number of posts : 66 Registration date : 19/09/2007
| Subject: Result COMPACT DYNO CHALLENGE Round 3, 6 April 2008 Mon 7 Apr - 6:47 | |
| Venue : Millenium Motorsports Asia , SUNWAY Date/Time : 6 April 2008, 11.00 am onward Organized By : GLOBAL TRADEXPO SERVICES Penerimaan peminat sukan permotoran terhadap salah satu cabang sukan permotoran iaitu Dyno Challenge terbukti ketika berlansungnya COMPACT DYNO CHALLENGE Pusingan Ketiga di Millenium Motorsport Asia , Sunway 6 April 2008 yang lalu. Ini dapat disaksikan dengan penambahan 2 kategori iaitu Best of YRV dan 1.6 OPEN. Jumlah penyertaan juga telah meningkat dari 40 buah kereta pada pusingan yang lepas kepada 50 buah kereta.
Pelbagai modifikasi enjin dapat disaksikan melibatkan pelbagai model kereta ketika pertandingan dijalankan. Antaranya Kancil bernadikan enjin 1000cc Turbo, Myvi 1300 turbo , Perdana bernadikan enjin 2000 turbo , Wira 1800 turbo dan macam-macam lagi. Perbincangan mengenai modifikasi enjin juga berlansung sepanjang pertandingan antara peserta-peserta sekaligus menjadi satu aktiviti sihat hujung minggu dikalangan remaja-remaja.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada penaja-penaja iaitu GOODYEAR , MIG Autogarage , Millenium Motorsports Asia , IZ Autoworks , Restoran Nasi Kandar Zameer Ann Racing Development , Hypertune , SHIFT , Putera Racing , Gila Kereta & Extreme Cars, tanpa penajaan mereka Dyno Challenge ini tidak akan dapat dijayakan dengan jayanya. Ribuan terima kasih juga kepada ahli-ahli kelab kereta yang bertanding seperti CompactMotorsports (CMCOMMY), EF Club , Radical Compact, Kelisa Club , Devotees of Charade, Jcars , Kcarlife , ACFK dan banyak lagi, dengan penyertaan mereka maka bertambah meriah sesi Dyno Challenge kali ini
Menurut pihak penganjur GLOBAL TRADEXPO SERVICES, pusingan seterusnya pusingan keempat akan dijalankan pada awal bulan Jun dan diakhiri pada pusingan lima yang dijangka akan dijalankan pada bulan Ogos seterusnya akan menobatkan Juara Keseluruhan untuk setiap kategori. Nama pertandingan ini juga bakal dimansuhkan kerana penyertaan dari peminat kereta lain selain dari peminat kereta kompak amat menggalakkan dan akan menggunakan nama lain yang akan diumumkan kelak.
Untuk keterangan lanjut tentang COMPACT DYNO CHALLENGE pusingan seterusnya sila hubungi Fitri ditalian 017 301 6127 atau email global_msports@yahoo.com. Senarai PemenangG1 (850 - 1000 n/a)
1. Alfi @ Ap Turbo (Perodua VIVA 1000cc) - 64.8 Hp
2. Navin (Perodua Kelisa 1000cc) 46.6 Hp
3. Mohd Ershad (Perodua Kancil 850cc) 40.2 HpG2 ( 660 Turbo/Supercharged) Competition Mode
1. Yaseer @ Janggut (Perodua Kancil L2 660cc turbo) 129.4Hp
2. Aizat @ Ijat (Perodua Kancil L2 660cc turbo) 117.9 Hp
3. Mohd Osman @ Manbew (Perodua Kancil L5 660cc turbo) 116.7 Hp
G3 ( 850 - 1000 Turbo/Supercharged) Competition Mode
1. Azim (Charade Aura Gtti 1000cc turbo) 188.7 Hp
2. Shabudin @ Kereta (Perodua Kancil L2 850cc turbo) 158.9 Hp
3. Madi @ Cyroplus ((Perodua Kancil L2 1000cc turbo) 137.1 Hp
G4 ( 1300 Turbo/Supercharged)
1. Shimi (MyviSE 4e-fte Glanza 1300cc Turbo) 138.5 Hp
2. Spinout (Myvi 4e-fte GT 1300cc Turbo) 123.4
"Best of YRV" Competition Mode
1. Efan @ Carnalito (Kelisa YRV 1300cc Turbo) 155.0 Hp
2. Ikhwan @ Kenariblitz (Kenari YRV 1300cc Turbo) 128.9 Hp
3. Ida (Kenari YRV 1300cc Turbo) 128.2 Hp
G1.6 OPEN (Vtec , Mivec etc) Competition Mode 1. Ahmad Ghazali @ Mat Rock (Honda CRX B16a) 193.7 Hp
2. Shahroul @ besixteen (Honda Civic EF9 B16a) 156.3 Hp
3. Kenji (Honda Civic EG6 B16a) 155.2 Hp
>2000cc Turbo
1. Isa @ Geleven (Proton Wira GSR 1800cc Turbo) 229.7 Hp
2. Fauzi (Proton Perdana Evo 3 2000cc Turbo) 204.5 HpIntroduction of Compact Dyno Challengehttps://compactmotorsports.yoo7.com/compact-dyno-challenge-rnd-1-5-f2/compact-dyno-challenge-introduction-t40.htmTo view Championship Point click link below .. https://compactmotorsports.yoo7.com/compact-dyno-challenge-rnd -1-5-f2/compact-dyno-challenge-championship-point-t24.htm#25 CDC Round 3 SLIDE PICTURE http://www.slide.com/r/6IrwL65b2j-16PK2mYEv91kV74t_3PDL?previous_view=mscd_embedded_url&view=original | |
|