Rules & Regulation -
https://compactmotorsports.yoo7.com/t1446-rules-reg-kbs-national-drag-race-2012MUSC Motorsports
UPDATES : RKM-KBS NATIONAL DRAG RACE CHAMPIONSHIP 2012
Penajaan dari Air-Asia
==============
Pemenang-pemenang JOHAN OVERALL muscim 2012 untuk setiap kelas kereta & motosikal turut memenangi Hadiah Dua (2) Tiket Pernerbangan ke Beijing / Bali / Hongkong tajaan dari Air Asia bernilai RM5,500.00
PRESS Release,
Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama badan NGO iaitu MUSC Motorsports, amat konsisten dan komited dalam usaha membangunkan lagi tahap senario sukan Drag Racing (Sprint-Test) di tanah air.
Buat julung-julung kalinya di dalam sejarah sukan Drag Racing tanah air, KBS dan MUSC Motorsports bakal menganjurkan Kejohanan Perlumbaan Drag Racing Peringkat Kebangsaan yang dikenali sebagai “RKM-KBS National Drag Racing Championship 2012”.
Program perlumbaan drag racing yang terunggul menggunakan sistem “Professional Drag Racing Timing” ini bakal bergerak secara ‘Road-Tour’ menerusi 8 sirkit perlumbaan di 8 buah negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Melaka, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ianya juga merupakan platfom terbaik kepada semua pasukan perlumbaan dalam mempamerkan kreativiti modifikasi serta tahap keupayaan jentera. Menerusi perlumbaan ini para pelumba (akar umbi) akan dididik dan diperkenalkan dengan format perlumbaan yang profesional, terkawal dan diiktiraf. Perlumbaan ini juga bertindak untuk mencungkil serta mengenal-pasti pasukan-pasukan perlumbaan yang berpotensi sebagai persediaan awal pihak Penganjur sebelum bertindak selaku Tuan Rumah kepada Kejohanan Perlumbaan Drag Racing Peringkat Asean yang bakal diadakan pada tahun hadapan.
Program yang mendapat kerjasama dari pihak Polis Di-Raja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Bomba & Penyelamat dan juga Suruhanjaya Pilihanraya ini turut bakal memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” secara efektif menerusi penglibatan bersama oleh Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
Antara pihak-pihak penaja yang turut bersama membantu ialah Sinar Puncak Sdn. Bhd. (RKM, SSS, Excel Rim & Sinopec), Tong Turbo Engineering Sdn. Bhd. (Garret, Turbosmart, Tonnka dan IHI), Ultra Racing (M) Sdn. Bhd. (Ultra Racing), Tripple Booster Additive Manufacturer & Supply (3E-Booster), MW Motorworld (TYM, Toyomoto & Spider), AirAsia dan Revive.
Kelas-kelas motosikal yang bakal dipertandingkan ini ialah 4T<125 Std Body, 4T<125 Open, RXZ Std Body, 125z Std Body dan juga King Drag Bike Open. Manakala bagi kelas-kelas perlumbaan kereta pula ialah NA<1.6, NA<2.0, KCar<1.0, Vtec Open cc dan 2wd Turbo Open cc. Hadiah-hadiah lumayan berupa wang tunai, trofi dan barangan bukan sahaja ditawarkan kepada para pemenang di setiap pusingan perlumbaan, malah juga untuk pemenang-pemenang keseluruhan kejohanan tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlumbaan ini sila layari facebook MUSC Motorsports, atau hubungi talian 016-6681490/017-9158816/012-2619510/017-3223334.