atas permintaan red_k:
[quote='voicenoice' pid='528272' dateline='1273465283']
Salam bahagia pada semua.
kat sini aku up cara-cara DIY untuk replace internal part turbo.
repair kit ni sekarang dah melambak-lambak jual termasuk la yang cap itik gantung.
harga minor repair kit:
cap itik=RM100-RM200
original(MHI)=RM300
apekehal mahal sgt ori nih..baik beli cap itik ke cap ayam ke..
-statement yang biasa kita dengar
aku dah penah pakai cap itik punya repair kit hasil dia memang ok for the first time tapi tak long lasting..henjut punya henjut taksampai sebulan kong, sleeve bearing/journal bearing dah makan dan oil seal ring dah makan..
MHI (untuk TD punya turbo) lasting sampai aku tuka tebo baru..
kesimpulan= u get what u pay
ok first step untuk tukar minor repair kit ni adalah untuk faham anatomi turbo (ni diagram untuk TD04 sebab aku pakai TD04)
lepas dah faham sampai betol-faham baru laa sediakan alatan yang sepatutnya..
1-minor kit repair cap itik mahupun original
2-Clip plyer yang jenis close to close tip
3-spannar 8mm
4-spannar 12mm
5-screw driver (flat)
6-pen marker
7-minyak enjen..jgn pakai minyak gamat ye
8-petrol/diesel/degreese...pape la nak cuci karbon
9-beros
10-bekas takung(proses cuci part)
ok next, bukak compressor housing pakai clip plyer..Turbo TD normally pakai clip..nak bukak ni nampak mcm senang tapi memerlukan cengkaman tangan yang hebat serta bantuan untuk cungkil keluar clip tersebut..bagi yang tak faham ape kejadah yang aku karang ni, boleh refer gambir kat bawah
skang letak jauh-jauh comp housing tu agar tidak menjadi gangguan..nak kene cuci ke housing tu? ikot korang lah..
sebelum korang bukak compressor wheel, aku sarankan korang marking dulu posisi wheel tersebut..make sure turbin wheel pon paralel marking.
ni bertujuan kononye tak nak lari balancing. bab balancing ni aku malas nak ulas byk2. korang google lah kalo nak tau detail lagi.
kalo risau sgt pasal balancing ni, anta tong buat balancing(aku taktau harga) kalo kat ipoh RM150.
amik perhatian, untuk bukak wheel compressor sila pusing arah jam ataupon org kg aku panggil clockwise..(ada jugak yang loose anticlockwise as normal)
ok..bila dah bukak comp wheel tu korang akan nampak 1 lagi clip pin..bukak je dgn konfiden.
ni keadaan bila dah keluarkan compressor bearing housing
lepas keluarkan bearing housing ni, keluarkan dulu 'O' ring seal kat blah dalam katrij..
perhatian: ade 2 type of bearing iaitu Flatback dan Superback..normally TD04 pakai Superback.
keluarkan bearing superback tu dari housing.point die korg akan dengar bunyi snapping masa nak kuarkan
pada bearing sleeve ni ade seal ring yg halus..pon keluarkan gak..(minor kit ada replacement)
next step, keluarkan bearing center housing.then keluarkan sleeve plate..cungkil sikit2
next, tolak slow2 shaft sampai keluar dari katrij..point die korg akan dengar bunyi "klick"...ni kene hati2 siket..jgn gelojoh.
biasanya journal bearing turbin area akan melekat pada shaft.seiring dengan metal plate katrij.
pada turbin blade area korng akan nampak seal ring..keluarkan jugak.(minor kit ada replacement)
dalam masa yang sama turbin journal bearing pon keluarkan sekali.
dah tu ape lagi..kasi cuci la katrij, wheel blade,shaft dan segala benda yg perlu dicuci
Bersambung.......
dah puas hati mencuci, mulakan kerja2 pemasangan balik.
masukkan seal ring pada turbin blade area..ni kena hati2 dan nak pasang ni agak tricky..kesabaran yg paling penting..
selesai pasang ring tersebut, masukkan journal bearing yg baru dalam katrij/CHRA
jgn lupa minyakkan dulu bearing tu (pakai minyak ejen)
next masukkan shaft dan tekan slow2 sampai snapping dan make sure posisi seal ring tak lari. penting part nih..sleeve plate katrij jgn lupa plak..
try untuk pusing slow2 shaft tu..ni kene pakai feel sket..make sure pusingan tu lancar..ingat! pusing slow2..
setel bahagian turbin. ok masukkan journal bearing (compressor part) jgn lupa minyakkan dulu ye.
masukkan sleeve plate dan center comp bearing
ok untuk housing dan superback bearing compressor pulak.
masukkan dengan tanpa rasa gelojoh seal ring pada superback bearing.
tekan masuk bearing ni dalam housing slow2..sampai snapping..makesure kedudukan ring tak senget.
next, pasang 'O' ring seal yang baru..
masukkan housing comprssr bearing dan pasang clip.
fit in wheel blade dan skrukan..so kat sini pasang ikut marking yang memula buat tadi (in term or balancing) ketatkan skru ikot lawan jam.
tadaaa...dah siapp
so pasang compressor housing 'O' ring seal,housing compressor dan tubin housing...setel
few things to take note.
1-mostly semua jenis TD04 pakai kit yg sama.
2-center ring dalam CHRA akutak ganti..sebab payah nak bukak..so far ni tarahal
3-selalunya seal ring ni la punca turbo fogging/leaking..sebab ring dah tak kental..ada byk punca tebo kong aku malas nak ulas byak.
4-buat pada hari yang tenang tanpa gangguan, kerja remeh dan leceh.
amaran: aku buat ni semua atas risiko aku sendiri..so kalo korg nak buat gak, sendiri tanggung yer.
sekian, salam
[/quote]
dipetik tanpa disunting dr
http://www.kcarlife.com/forum/showthread.php?tid=22027